Mahdzir Othman

En. Izwan Azzeri Bin Kamal

Ketua Pegawai Operasi


En Azzeri ialah Ketua Pegawai Operasi PMB Investment di mana beliau bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap strategi dan operasi syarikat. En Azzeri memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor.

Beliau mempunyai lebih daripada 14 tahun pengalaman dalam pasaran modal yang meliputi pelbagai bidang seperti produk pelaburan, pengurusan aset, perbankan pelaburan dan pengurusan risiko. Perkembangan beliau dalam pasaran modal bermula semasa kerjayanya di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di mana beliau terlibat secara mendalam dalam memantau industri pengurusan aset dan perbankan pelaburan, termasuk pengalaman dalam Jabatan Pasaran Bon dan Produk Pelaburan.

Sebelum menyertai PMB Investment, Azzeri telah berkhidmat sebagai Ketua Pengurusan Risiko di AHAM Asset Management di mana beliau bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan, perniagaan dan operasi, serta memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem pengurusan risiko syarikat dan dana-dananya.


 

Kembali ke Kepimpinan

Menu