Aida Abu Bakar

Pn. Aida Abu Bakar

Ketua Pembangunan Produk & Jaminan Proses Perniagaan


Pn. Aida Abu Bakar menyertai Pelaburan MARA pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Kanan, Projek dan Modal Teroka. Pada tahun 2000, beliau dipindahkan ke PMB Investment dan sejak itu telah mengumpul lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam unit amanah, bekerja di beberapa jabatan dalam syarikat yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan produk, pembangunan perniagaan, pelaburan, operasi amanah unit, pemasaran dan promosi, pentadbiran dan perkhidmatan pelanggan, dan perkhidmatan agensi. Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan dan melancarkan produk-produk runcit Syariah PMB Investment serta berpengalaman dalam penggabungan, pembubaran dan penukaran skim unit amanah.

Kini beliau menguruskan fungsi pembangunan produk, pentadbiran amanah dan tadbir urus amanah di PMB Investment. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1995 dengan Kumpulan Guthrie Berhad di mana beliau mendapat pendedahan dalam bidang perakaunan dan kewangan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Wales, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dan Pengurusan Kewangan dari University of Essex, United Kingdom.


 

Kembali ke Kepimpinan

Menu