Ketua Sokongan Agensi
En. Kamal Bashar Abdul Aziz telah bersama PMB Investment sejak 1996. Beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Pengurusan Agensi dan Khidmat Pelanggan. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman dalam industri unit amanah yang merangkumi Operasi Unit Amanah, Pentadbiran Amanah, Pemasaran, Operasi Cawangan, dan Pembangunan Jualan & Agensi Serantau. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sains Sosial & Kemanusiaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.