Tuan Haji Mansoor Bin Ahmad

Pengerusi/Bebas


Tuan Haji Mansoor bin Ahmad menyertai Kompleks Kewangan Malaysia Berhad pada September 1975 sebagai Pegawai Penyelidik dan kemudian dipindahkan ke Pelaburan MARA Berhad (dahulunya Amanah Saham Mara Berhad (ASMB)) sebagai Pegawai Pelaburan pada tahun 1982. 

Professor Dr. Mohamed Aslam

Bebas


Profesor Dr. Mohamed Aslam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan pada 1 Januari 2016. Beliau kini merupakan Profesor Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Pengarah Pusat Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Kuala Lumpur. 

Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff

Bebas


En. Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff memulakan kerjayanya pada tahun 1986 dalam sektor kewangan di Pacific Bank Berhad. Pada tahun 1989, beliau beralih ke Affin Bank Berhad sebelum meneruskan kerjaya profesionalnya di Affin Hwang Investment Bank Bhd dan memegang jawatan sebagai Pengurus Perbankan Korporat dari tahun 1990 hingga 1994.

Mahdzir bin Othman

Bebas


Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 27 tahun dalam pembangunan pasaran modal dan pengurusan dana. Sebelum Pelaburan MARA, En. Mahdzir telah memegang jawatan utama di bahagian strategi, pembangunan dasar, pelaburan, dan pembangunan pasaran untuk syarikat-syarikat seperti Bursa Malaysia, CGS-CIMB Securities, i-VCAP Management Sdn. Bhd., dan Valuecap Sdn. Bhd.

Rahimi Bin Ramli

Bukan Bebas


En. Rahimi Bin Ramli ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di MARA Corporation, Jawatan yang disandang sejak oktober 2022. Dengan lebih 28 tahun pengalaman dalam peranan kewangan, merangkumi perancangan kewangan, pengurusan perbendaharaan, kewangan korporat dan pematuhan.

Menu