Bukan Bebas
En. Rahimi Bin Ramli ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di MARA Corporation, Jawatan yang disandang sejak oktober 2022. Dengan lebih 28 tahun pengalaman dalam peranan kewangan, merangkumi perancangan kewangan, pengurusan perbendaharaan, kewangan korporat dan pematuhan.
Kerjaya beliau termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Malaysia Research Accelerator for technology and Innovation (MRANTI) Corporation Sdn. Bhd (2021-2022) dan TH Plantation Berhad (2020-2021). Sebelum menyandang jawatan-jawatan ini, En. Rahimi merupakan Ketua Kewangan & Penyumberan Luar (outsourcing) Perbendaharaan di Prokhas Sdn. Bhd selama sedekad, dan memegang pelbagai jawatan kanan seperti Pengurus Besar, Perancangan Kewangan & Komersial di Sapura Technologies Sdn. Bhd. & Anak Syarikat (2008-2009), Ketua Pegawai Operasi di KHR Business Advisory Sdn. Bhd (2001-2007), Eksekutif Kanan di UTSB Management Sdn.Bhd (2000-2001), dan Penolong Kanan di KPMG (1996-1999).
Beliau memiliki ijazah dalam perakaunan dan Kewangan dari Middlesex University, Hendon Business School, United Kingdom dan merupakan fellow dari ACCA. Beliau Juga merupakan Ahli Bertauliah Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, Ahli Bersekutu Institut Percukaian Malaysia, Akauntan Bertauliah (CA) dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan fellow kepada Chartered Association of Certified Accountants (FCCA).