Siapa Kami

PMB Investment Berhad (256439-D) adalah sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) yang menawarkan perkhidmatan unit amanah dan pengurusan dana. Ia adalah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, salah satu pelopor dalam industri unit amanah di Malaysia dengan lebih daripada lima dekad pengalaman. Beroperasi sejak 15 Januari 1993, PMB Investment sebelum ini dikenali sebagai ASM MARA Unit Trust Management Berhad. Syarikat ini mengambil nama semasanya pada 28 Februari 2014 berikutan penjenamaan semula Kumpulan Pelaburan MARA.

Selaras dengan inisiatif Pelan Transformasi Kumpulan Pelaburan MARA 2011-2015 untuk menjadikan kumpulan ini kukuh, canggih dan berdaya saing, semua dana unit amanah dan portfolio korporat/institusi kini merupakan produk sepenuhnya patuh Syariah. Dua dana amanah unit terakhir secara rasmi dijadikan patuh Syariah ialah pada 7 Mac 2014. PMB Investment telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menukar aktiviti terkawal kami daripada pengurusan dana kepada Pengurusan Dana Islam berkuatkuasa dari 28 November 2014.

Kami menawarkan mandat portfolio yang dirangka bersama untuk pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah, sukuk dan instrumen pasaran wang Islam, atau kombinasi daripada tiga kelas aset seperti yang dikehendaki oleh pelanggan. Hasil daripada menjadikan dana unit amanah konvensional patuh Syariah, kebanyakan dana unit amanah yang kami tawarkan adalah unik walaupun mereka mungkin melabur dalam kelas aset yang sama. Ini adalah untuk membolehkan pelabur, tertakluk kepada Penilaian Keserasian, memilih dana yang sesuai dengan tahap toleransi risiko dan objektif pelaburan mereka. Sila baca dan fahami kandungan Prospektus Induk, yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang.

Visi Korporate

“Untuk menjadi peneraju pengurus dana patuh Syariah yang terkemuka dan terpilih di Malaysia.”

history

Sejarah Kami

Sejarah PMB Investment boleh diimbas kembali pada 24 Jun 1967 apabila Amanah Saham MARA Berhad, kini dikenali sebagai Pelaburan MARA Berhad, ditubuhkan dan seterusnya melancarkan dana unit amanah pertamanya pada  9 April 1968 – dana itu dinamakan Kumpulan Modal Bumiputera Pertama dan kini dikenali sebagai PMB Dana Al-Aiman.

PMB Investment telah diperbadankan pada 15 Januari 1993 sebagai ASM MARA Unit Trust Management Berhad. Ia mengambil alih operasi unit amanah daripada Amanah Saham MARA Berhad bagi mematuhi Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang menghadkan aktiviti syarikat pengurusan saham amanah hanya kepada aktiviti yang berhubungkait dengan saham amanah sahaja. 

Misi Pelanggan

Pemegang Saham

Memberikan pulangan optimum dan perkhidmatan nilai tambah

Pemegang Taruh

Barisan korporat yang bertanggungjawab dan prihatin

Pelabur

Memberikan pulangan yang setara dengan tahap toleransi risiko yang boleh diterima

Pelanggan

Menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif

Kakitangan

Menjadi tempat yang kondusif untuk pembangunan kepakaran dalam Kewangan Islam, khususnya dalam bidang pelaburan

KEDUDUKAN KEWANGAN

2023 (’000)

  • Modal Berbayar 15,000
  • Dana Pemegang Saham 11,488
  • Pendapatan 17,818
  • Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai 318
  • Keuntungan/(Kerugian) Selepas Cukai 310

2022 (’000)

  • Modal Berbayar 15,000
  • Dana Pemegang Saham 11,272
  • Pendapatan 17,427
  • Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (532)
  • Keuntungan/(Kerugian) Selepas Cukai (532)

2021 (’000)

  • Modal Berbayar 15,000
  • Dana Pemegang Saham 12,104
  • Pendapatan 24,259
  • Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai 962
  • Keuntungan/(Kerugian) Selepas Cukai 938

Menu