Prospektus ini disediakan semata-mata untuk tujuan maklumat dan tidak diperiksa atau disokong oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Fasal 5.15 Garis Panduan Pemasaran dan Pengedaran Dana Amanah. Ia tidak mengambil kira objektif pelaburan khusus atau keperluan situasi kewangan mana-mana individu yang mungkin menerimanya secara fizikal atau maya. Sebelum melabur, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Utama bertarikh 1 April 2022, Prospektus PMB-An-Nur Waqf Income Fund bertarikh 18 Mac 2021, Prospektus PMB Shariah Global Equity Fund bertarikh 15 Oktober 2021, dan Prospektus PMB Shariah Greater China Equity Fund bertarikh 26 Mei 2022, yang semuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Semua Prospektus boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat  PMB Investment Berhad, Pejabat Jualan PMB Investment yang terdekat, penasihat dana amanah yang diluluskan oleh PMB Investment atau laman web rasmi PMB Investment.

Mana-mana pengeluaran unit yang berkaitan dengan Prospektus akan dibuat hanya setelah penerimaan borang permohonan sebagaimana yang dirujuk dalam dan disertakan Prospektus. Anda perlu mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Harga unit dan pembayaran pendapatan (jika ada) boleh naik atau turun. Prestasi masa lalu Dana tidak menjamin prestasi masa depan. Pelaburan dalam dana amanah tertakluk kepada pelbagai risiko.

Jika ragu-ragu, sila berunding dengan penasihat profesional dan pelabur juga boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.



Menu