Profesor Dr. Mohamed Aslam Bin Mohamed Haneef

Profesor Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Bebas


Profesor Dr. Mohamed Aslam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan pada 1 Januari 2016. Beliau kini merupakan Profesor Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Pengarah Pusat Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Kuala Lumpur. Beliau sebelum ini bertugas sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan bagi sebuah syarikat pengurusan dana tempatan selama 13 tahun dari September 2001 hingga Oktober 2014.

Beliau merupakan antara graduan kumpulan pertama dalam kelulusan ijazah sarjana muda Ekonomi dari IIUM pada tahun 1987, memperoleh sarjana dalam Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1991, dan PhD dari School of Development Studies, University of East Anglia, United Kingdom pada tahun 1994. Beliau dianugerahkan gelaran Profesor pada tahun 2006.

Profesor Dr. Mohamed Aslam juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Ekonomi Islam Antarabangsa (IAIE) () dan ahli jawatankuasa eksekutif Majlis Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE). Beliau telah menulis beberapa buku, artikel, bab dalam buku, dan ulasan buku.

reviews.
 

Kembali ke Ahli Jawatankuasa Pelaburan

 

Menu