Ketua Akaun
Pn. Marlina Hj. Bustanuddin bertanggungjawab terhadap keseluruhan fungsi akaun syarikat, akaun unit amanah dan akaun portfolio. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Jun 2001 dan Diploma Perakaunan dari universiti yang sama pada November 1998. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Marlina telah bersama PMB Investment sejak 2007.