Radzuan Bin Mohd Noor

En. Radzuan Bin Mohd Noor

Pengurus, Pentadbiran Amanah


En. Radzuan Mohd Noor menyertai PMB Investment pada Jun 2006. Beliau bertanggungjawab mengawasi aktiviti operasi harian, memastikan pemprosesan pelaburan unit amanah pelanggan berjalan lancar. Tugasnya turut melibatkan memudahkan pembelian, penebusan amanah unit, dan menguruskan fungsi pentadbiran lain yang berkaitan dengan Pemegang Unit Amanah.  Radzuan membawa bersamanya 20 tahun pengalaman bekerja dalam industri unit amanah. 

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pegawai di Khidmat Pelanggan di Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd. Kemudian, beliau menyertai RHB Unit Trust Management Berhad dan memegang jawatan eksekutif di Perkhidmatan Pemegang Amanah Unit.

En. Radzuan memiliki Diploma dalam Pengajian Perbankan dari UiTM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
 

Kembali ke Kepimpinan

Menu