Ketua Jualan & Pemasaran
En. Yuhada Ellis Yahya menyertai PMB Investment pada 1 Januari 2022. Beliau bertanggungjawab untuk meningkatkan Jualan dan Pengambilan konsultan baru. Pada masa yang sama, beliau mengawasi Korporat, Latihan dan Pembangunan Perniagaan untuk PMB Investment Berhad.
Sebelum menyertai PMB Investment beliau merupakan Ketua Pengambilan konsultan baru di Hong Leong MSIG Takaful daripada 2020 hingga 2021. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Zurich Malaysia sebagai Ketua Pembangunan Agensi (Jualan) dari 2009 hingga 2019. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam Jualan dan Pemasaran.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Insurans dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) . Beliau juga memegang Sijil Pengurus Agensi (CAM) yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya & Kursus Latihan Pengurus Agensi (AMTC) dari LIMRA, Amerika Syarikat.