Harga Dana Harian: 11 May 2026

Kategori Risiko Horizon NAV Setiap Unit (RM) Nilai Aset Bersih Perubahan
Pendapatan, Aset Campuran Moderate Medium, Long 1.0000 0.0000 0.0000%

Penafian

Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat/Memorandum Maklumat Tambahan (jika ada) yang berkaitan, yang kesemuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Pelabur hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai manfaat dan risiko pelaburan tersebut. Sekiranya pelabur tidak dapat membuat penilaian sendiri, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional. Anda boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.

Langkah Berjaga-jaga

 Anda tidak sepatutnya membuat pembayaran tunai kepada konsultan unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama konsultan unit amanah.

Polisi Pengagihan

Pengagihan (jika ada) akan dibuat secara tahunan. Dana ini boleh membuat pengagihan daripada pendapatan direalisasi, keuntungan direalisasi, pendapatan tidak direalisasi dan/atau keuntungan tidak direalisasi bagi membolehkan Dana membuat pengagihan pendapatan secara berkala selaras dengan dasar pengagihan Dana serta untuk memenuhi objektif pelaburan Dana bagi menyediakan aliran pendapatan yang stabil dan konsisten kepada Pemegang Unit.

Sebarang pengagihan daripada pendapatan tidak direalisasi dan/atau keuntungan tidak direalisasi akan dilaksanakan secara berhemah serta tertakluk kepada pengekalan kestabilan NAB Dana dan keperluan rizab.

Pengagihan daripada modal Dana boleh mengakibatkan pengurangan sebahagian daripada pelaburan asal Pemegang Unit dan juga boleh menyebabkan pulangan masa hadapan kepada Pemegang Unit menjadi lebih rendah. Apabila sebahagian besar pelaburan asal dipulangkan kepada Pemegang Unit, terdapat risiko hakisan modal Dana dan boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan NAB Dana menurun. Semakin tinggi risiko hakisan modal yang wujud, semakin tinggi kebarangkalian bahawa, akibat hakisan modal tersebut, nilai pulangan masa hadapan juga akan berkurangan.

Objektif

Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan yang stabil dan berterusan sambil memelihara modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam portfolio yang pelbagai berasaskan aset patuh Shariah.

Tahun Kewangan

31 January

Perumpukan Aset

  • Dana ini boleh melabur sehingga 100% daripada NAB dalam instrumen pendapatan tetap Islam.
  • Dana ini boleh melabur sehingga 100% daripada NAB dalam ekuiti patuh Syariah.
  • Dana ini boleh melabur sehingga maksimum 30% daripada NAB dalam CIS patuh Syariah.
  • Dana ini boleh melabur sehingga maksimum 70% daripada NAB dalam deposit Islam.

Risiko Utama

  • Risiko Pelaburan Instrumen Pendapatan Tetap Islam 
  • Risiko Kredit dan Keingkaran
  • Risiko Kadar Faedah
  • Risiko Ekuiti Patuh Syariah
  • Risiko Ekuiti Patuh Syariah Pra-IPO dan Tidak Tersenarai
  • Risiko Ketidakpatuhan Syariah
  • Risiko CIS Patuh Syariah dan ETF Patuh Syariah
  • Risiko Mata Wang
  • Risiko Negara
  • Risiko Pengagihan Melebihi Modal
  • Risiko Penggantungan Penebusan
  • Risiko Yuran Prestasi.

Pemegang Amanah

AmanahRaya Trustees Berhad

Profile Pelabur

Dana ini sesuai untuk pelabur sofistikated yang:

  • ingin mempunyai portfolio pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah;
  • berpotensi mendapat manfaat daripada kecekapan cukai yang lebih baik berbanding instrumen konvensional, tertakluk kepada profil cukai masing-masing;
  • berhasrat mencapai pulangan yang lebih tinggi daripada Kadar GIA-i 12 Bulan Maybank;
  • ingin mengekalkan nilai pelaburan mereka;
  • mempunyai tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang; dan
  • mencari aliran pendapatan yang berkala.

Menu