Tuan Haji Mansoor Ahmad

Tuan Haji Mansoor Ahmad

Pengarah (Bebas)


Tuan Haji  Mansoor bin Ahmad  menyertai Kompleks Kewangan Malaysia Berhad pada September 1975 sebagai Pegawai Penyelidik dan kemudian dipindahkan ke Pelaburan MARA Berhad (dahulunya Amanah Saham Mara Berhad (ASMB)) sebagai Pegawai Pelaburan pada tahun 1982. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pelaburan dan Pembangunan Korporat pada tahun 1991 dan sebagai Pengurus Besar Operasi pada tahun 1996 bagi memantau semua fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan Pelaburan MARA Berhad. 

Pada tahun 1999, beliau dipinjamkan ke ASM Asset Management Sdn. Bhd, sebagai Pengurus Besarnya dan berkhidmat sehingga Mac 2002. Beliau dipindahkan ke PMB Investment Berhad (dahulunya ASM Investment Services Berhad (ASMI)) dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif pada 2 Mei 2002 dan 1 April 2004. Beliau juga dipilih sebagai Ahli Majlis FMUTM untuk dua penggal berturut-turut selama dua tahun sejak 2004. Pada 1 Disember 2006, En. Mansoor telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif/Penasihat PMB Investment sebelum bersara pada 6 Julai 2007. Seterusnya berkhidmat sebagai Pengarah di PMB Investment sehingga hari ini.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Australian Graduate School of Management, University of New South Wales, Sydney, Australia.

Kembali ke Lembaga Pengarah

Menu