Pengarah (Bukan Bebas)
En. Mohd Sabri Ramly menyertai Lembaga Pengarah PMB Investment Berhad pada 28 Disember 2021 sebagai Pengarah bukan bebas. Beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Sebelum ini, En. Mohd Sabri berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, di mana beliau merupakan Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Pembangunan Bakat STI.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor awam selama 20 tahun. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan di beberapa Kementerian termasuk Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
En.Mohd Sabri menamatkan pengajian Sarjana dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2008 dan kini sedang melanjutkan pengajian PhD di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).