Pengarah (Bebas)
YM Tengku Umizar Tengku Ubaidillah mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor pengurusan dana dan pasaran modal yang merangkumi pembangunan polisi dan pematuhan. YM Tengku Umizar mempunyai hubungan baik dengan pihak berkepentingan yang relevan termasuk pelbagai Kementerian, agensi kerajaan, badan pengawalseliaan, dan persatuan di dalam dan luar negara dalam pasaran modal. Beliau merupakan ahli Panel Akreditasi Agensi Akreditasi Kewangan (FAA).
YM Tengku Umizar memulakan kerjayanya sebagai rakan sekutu dalam sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat. YM Tengku Umizar kemudian menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 1994 dan memegang pelbagai jawatan dalam Jabatan Polisi Pengawalseliaan, Jabatan Pembangunan Produk, dan Unit Pematuhan Ekuiti. Beliau meneruskan kerjayanya di i-VCAP Management Sdn Bhd (i-VCAP), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam berlesen dan ValueCap Sdn Bhd (syarikat induk i-VCAP) sebagai Pegawai Pematuhan Berdaftar dan Penasihat Pematuhan Kumpulan, masing-masing sebelum menyertai Masyref Shariah Advisory pada tahun 2021.
YM Tengku Umizar merupakan kelulusan sarjana muda dalam Perakaunan dari State University of New York dan memperoleh sarjana Perakaunan dari University of New Haven, Amerika Syarikat.. YM Tengku Umizar kini adalah Perunding Pengurusan Dana khusus dalam perkara kawal selia, tadbir urus, dan pembangunan.