Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Salah satu syarikat utamanya, Amanie Advisors, beroperasi di beberapa bandar utama di seluruh dunia. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (AIFC), Kazakhstan, First Abu Dhabi Bank (UAE), Madina Takaful (Oman), dan Salama Insurance (UAE). Beliau adalah bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia dan bekas Pengerusi SAC Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk lebih dari 2 dekad. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Tan Sri Dr. Mohd Daud juga merupakan ahli Badan Penasihat Shariah bagi pelbagai institusi kewangan global, termasuk Amundi Asset Management (Perancis), BNP Paribas Najma (Bahrain), Sedco Capital (Saudi dan Luxembourg), dan Dow Jones Islamic Market Index (New York).
Dalam dunia korporat, beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Pelaburan Permodalan Nasional Berhad. Beliau pernah berkhidmat sebagai Lembaga Pengarah di Sime Darby Property Berhad dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Selain itu, beliau adalah rakan pengasas Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB Sdn Bhd.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Berry Pay Sdn Bhd (kiriman wang digital), Data Sukan Consulting Sdn Bhd (Data Sukan), Bio Fluid Sdn Bhd, KAB Gold Dynamics Sdn Bhd, Bio-Angle Vacs Sdn Bhd (vaksin untuk binatang ternakan), Tulus Digital Sdn Bhd (gateway pembayaran), dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Beliau adalah bekas Presiden ke-8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Pada Julai 2023, Tan Sri Dr. Mohd Daud menerima anugerah khas tokoh utama Maal Hijrah dari Kerajaan Negeri Kedah, Malaysia sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri. Tan Sri Dr. Mohd Daud telah menerima anugerah " Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 " daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Pada tahun 2014, beliau menerima anugerah "Individu Paling Cemerlang " daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sempena sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan.
Di bawah pimpinannya, Amanie Advisors menerima anugerah " Anugerah Infrastruktur Pengetahuan Ekonomi Islam " di Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global, Dubai 2015, daripada Duli Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai. . Pada 13 November 2021, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang membawa gelaran "Tan Sri".
Beliau memperoleh ijazah pertama dalam Shariah dari Universiti Kuwait pada tahun 1988 dan mendapat PhD dari Universiti St. Andrews, United Kingdom pada tahun 1993. Beliau terus mencari ilmu dan memperoleh ijazah sarjana muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.
Buku pertama beliau bertajuk "Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar" telah memenangi anugerah "Islamic Finance Book of the Year 2016" oleh Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016. Kemudian, bukunya mengenai sukuk bertajuk "An Insightful Journey to Emirates Airline Sukuk: Pushing The Boundaries of Islamic Finance" juga telah memenangi anugerah "Best Islamic Finance Case 2017" oleh GIFA 2017 di Kazakhstan. Sehingga kini, Tan Sri telah menulis lebih daripada 40 buku dengan pelbagai genre. Penerbitan terbarunya berjudul "Maqasid Shariah: The Face and Voice of Shariah".