Pn. Nurul Aqila Sufiyah Binti Lokman menyertai BIMBSEC sebagai Eksekutif Shariah pada Mac 2020. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Ketua, Bahagian Shariah berkuatkuasa 1 April 2023. Beliau juga adalah Setiausaha Bersama Jawatankuasa Penasihat Shariah BIMBSEC. Nurul Aqila memegang ijazah sarjana muda dalam Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul al-Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada masa ini beliau terlibat dalam memberikan maklumat Shariah untuk fungsi penasihat, perundingan, dan penyelidikan berkaitan dengan produk pasaran modal Islam termasuk skim pelaburan kolektif Islam.