Ir. Dr. Muhamad Fuad bin Abdullah adalah individu yang ditetapkan bertanggungjawab untuk semua hal ehwal Shariah di BIMBSEC. Beliau merupakan Penasihat Shariah berdaftar dengan Suruhajaya Sekuriti (SC). Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Shariah Bank Islam Malaysia Berhad dan Pengerusi jawatankuasa Shariah AIA-Public Takaful Berhad. Beliau juga berada di dalam Jawatankuasa Penasihat Shariah BIMBSEC dan merupakan Pengerusi bukan eksekutif Gagasan Nadi Cergas Berhad serta ahli lembaga Universiti Tun Abd Razak Sdn. Bhd (UniRAZAK).
Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1977 dan ijazah sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1982, kedua-duanya dari Universiti Southampton, England. Beliau juga memperoleh ijazah sarjana muda (Jayyid) dalam Shariah dari Universiti Jordan pada tahun 1994 dan Doktor Falsafah dalam Peradaban Islam dari Universiti Aberdeen, Scotland pada tahun 1996.