Kuala Lumpur, 10 July 2026 – PMB Investment Berhad (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam berlesen di bawah Pelaburan MARA Berhad, sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam industri pengurusan aset apabila PMB Dana Bestari menerima pengiktirafan sebagai dana berprestasi terbaik dalam kategori Ekuiti Teras (Islamik) di FSMOne Recommended Unit Trust Awards 2026/2027. Kemenangan ini merupakan pengiktirafan tahun kedua berturut-turut yang diterima oleh dana tersebut, sekali gus memperkukuh kedudukan PMB Investment sebagai antara pengurus dana Islam terkemuka di Malaysia.

Pengiktirafan ini mencerminkan prestasi yang konsisten dan pengurusan portfolio yang berhemah merentasi pelbagai kitaran pasaran. Ini turut memperkukuh komitmen PMB Investment untuk terus mencipta nilai yang mampan, berlandaskan prinsip-prinsip pelaburan patuh Syariah.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Hang Tuah Amin Tajudin, berkata, "Kami amat berbesar hati kerana PMB Dana Bestari sekali lagi diiktiraf dalam kategori Ekuiti Teras (Islamik). Dana ini mencatatkan pulangan sebanyak 5.83% bagi tempoh satu tahun berakhir 30 Jun 2026, 15.89% bagi tempoh tiga tahun, dan 43.02% bagi tempoh lima tahun, yang mencerminkan strategi jangka panjang yang kami amalkan secara konsisten.” Ujarnya lagi, “Dalam keadaan pasaran yang sentiasa berubah, PMB Dana Bestari kekal berdaya tahan dan terus memacu nilai kepada para pelabur kami. Kami berharap pengiktirafan ini dapat mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan dana unit amanah yang diuruskan secara profesional sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan jangka panjang mereka.”

Pengerusi PMB Investment, Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman, mengalu-alukan pengiktirafan ini  dan menambah, "Pengiktirafan ini sekali lagi menggambarkan kekuatan proses pelaburan PMB Investment, disokong oleh tadbir urus yang kukuh serta rangka kerja pengurusan risiko yang berhemah. Kami kekal komited untuk terus memberi penyelesaian pelaburan bagi memenuhi keperluan pelabur runcit, borong dan institusi yang sentiasa berkembang, di samping mengekalkan standard profesionalisme, integriti dan pematuhan Syariah yang tertinggi."

Dianjurkan oleh iFAST Capital Sdn. Bhd., Anugerah FSMOne Recommended Unit Trust Funds 2026/27 memberi pengiktirafan kepada dana unit amanah yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan kriteria penilaian kuantitatif dan kualitatif yang ketat. FSMOne Malaysia adalah sebuah platform pelaburan pelbagai aset terkemuka di bawah iFAST Capital, diiktiraf secara meluas atas kepakaran menyeluruh dalam penyelidikan dana serta penilaian portfolio pelaburan


PMB Investment Umum Agihan Pendapatan bagi PMB Dana Mutiara

PMB Investment telah mengisytiharkan pengagihan pendapatan bagi PMB Dana Mutiara untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026. Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan diselaraskan daripada RM0.3564 kepada RM0.3390 selepas agihan. Agihan ini mencerminkan hasil sebanyak 5.58% serta jumlah pulangan sebanyak 12.57%, berdasarkan NAB penutup seunit dana pada 30 Jun 2026.
PMB Dana Mutiara merupakan dana unit amanah patuh Syariah yang direka untuk menjana pendapatan stabil serta mencapai pertumbuhan modal sederhana hingga jangka panjang. Dana ini melabur dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dan patuh Syariah, merangkumi ekuiti serta sekuriti berpendapatan tetap, sekali gus menawarkan pendekatan pelaburan yang seimbang dalam usaha pembinaan kekayaan berlandaskan prinsip pelaburan Islam.
Pelabur boleh mula melabur dengan PMB Investment secara mudah melalui EZForm di laman web www.pmbinvestment.com.my, dan dana boleh dipindahkan melalui FPX.
Untuk maklumat lanjut mengenai dana PMB Investment, fi, dan risiko berkaitan, sila layari www.pmbinvestment.com.my atau hubungi 03-4145 3900.
 
-TAMAT –
 
Info Korporat:

PMB Investment, sebagai anak syarikat Kumpulan Pelaburan MARA yang bernaung di bawah MARA Corporation Sdn Bhd, beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC). Ia menguruskan 18 dana unit amanah, 3 dana borong dan portfolio pelaburan dalam kelas aset ekuiti dan sukuk.

PMB Investment komited dalam menyediakan penyelesaian pelaburan patuh Shariah berinovatif kepada pelabur runcit, borong dan institusi.

Maklumat lanjut mengenai produk PMB Investment, layari www.pmbinvestment.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
MAYA LIZA MOHAMED
Komunikasi Strategik
Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB, No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3827
M: 019-2646971
mayaliza@pelaburanmara.com.my
50400 Kuala Lumpur

Menu