PMB INVESTMENT ISYTIHAR AGIHAN RM11 JUTA
UNTUK DUA DANA SYARIAH
KUALA LUMPUR, 11 September 2025 - PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Berhad, hari ini mengumumkan agihan pendapatan bagi PMB Shariah Premier Fund dan PMB Shariah Equity Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025 dan 30 Ogos 2025. Kedua-dua dana tersebut mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 2.00 sen seunit, dan mencerminkan komitmen syarikat dalam memberikan pulangan pendapatan yang konsisten bagi pelabur kami.
PMB Shariah Premier Fund mengisytiharkan hasil sebanyak 5.26% dengan agihan kasar berjumlah RM4.85 juta. Nilai Aset Bersih (NAB) dana ini diselaraskan daripada RM0.4048 seunit kepada RM0.3848 selepas agihan tarikh ex-date pada 29 Ogos 2025 dan tarikh pelaburan semula pada 2 September 2025.
PMB Shariah Equity Fund pula memberi hasil 3.37% dengan jumlah agihan kasar sebanyak RM6.41 juta. NAB dana ini akan diselaraskan daripada RM0.6364 seunit kepada RM0.6164 selepas agihan, pada tarikh ex-date yang sama iaitu 29 Ogos 2025 dan tarikh pelaburan semula pada 2 September 2025.
Mengulas prestasi dana ini, En. Hang Tuah Amin Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, menyatakan, "Agihan ini mencerminkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin dan prestasi dana yang kukuh. PMB Shariah Premier Fund berjaya mencatat pulangan terkumpul tiga tahun sebanyak 37.57%, atau purata 12.52% setahun sehingga 31 Ogos 2025, dengan hasil 5.26% hari ini. PMB Shariah Equity Fund pula mencapai pulangan terkumpul 62.29% (purata 20.76% setahun) dengan hasil 3.37%. Kami kekal optimis tentang peluang pelaburan patuh Shariah dan keupayaan penyelidikan kami untuk menyampaikan nilai berterusan bagi pemegang unit kami."
Dilancarkan pada 1972, PMB Shariah Premier Fund merupakan dana ke-12 PMB Investment dan bertujuan mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam mana-mana 50 saham patuh Shariah terbesar mengikut permodalan pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sementara itu, PMB Shariah Equity Fund dilancarkan pada 1995, khusus untuk warga kerja Tenaga Nasional, sebelum dibuka kepada orang ramai pada tahun 2022. Kebiasaannya, kedua-dua Dana memperuntukkan antara 70% dan 99.5% daripada NAB masing-masing ke dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti. Baki dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, penempatan deposit Islam, sukuk, serta pelaburan patuh Syariah yang lain.
"Agihan ini menunjukkan bahawa pelabur tidak perlu memilih antara pelaburan beretika dan pulangan pelaburan. Dana patuh Shariah kami membuktikan anda boleh mengamalkan prinsip Islam sambil membina kekayaan sebenar. Jumlah agihan RM11.26 juta hari ini mengambarkan pengurusan portfolio yang kukuh dan pemilihan teliti pelaburan patuh Syariah sepanjang tahun kewangan. Kedua-dua dana mengekalkan pematuhan ketat kepada asas pelaburan Islam sambil memberikan pulangan yang kompetitif kepada pemegang unit," maklum Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman, Pengerusi PMB Investment.
Pelabur boleh mula melabur dengan PMB Investment secara mudah melalui EZForm di laman web www.pmbinvestment.com.my, dan dana boleh dipindahkan melalui FPX.
Untuk maklumat lanjut mengenai dana PMB Investment, fi, dan risiko berkaitan, sila layari www.pmbinvestment.com.my atau hubungi 03-4145 3900.
-T A M A T-
Info Korporat:
PMB Investment, sebagai anak syarikat Kumpulan Pelaburan MARA yang bernaung di bawah MARA Corporation Sdn Bhd, beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC).
Ia menguruskan 18 dana unit amanah, termasuk 1 dana borong dan 10 mandat persendirian pelaburan dalam kelas aset ekuiti dan sukuk.
Maklumat lanjut mengenai produk PMB Investment, layari www.pmbinvestment.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Ketua, Komunikasi Strategik
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB, No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur
T: 03-4145 3830
F: 03-4145 3801
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my