PMB INVESTMENT RAIH ANUGERAH DANA UNIT AMANAH DISYORKAN FSMONE 2025/2026
PMB Dana Bestari Diiktiraf Atas Prestasi Cemerlang dalam Kategori Ekuiti Teras (Islamik)
Kuala Lumpur, 4 Julai 2025 – PMB Investment Berhad (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam berlesen di bawah Pelaburan MARA Berhad, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri pengurusan aset dengan kemenangan berprestij di Anugerah Dana Unit Amanah Disyorkan FSMOne 2025/2026. Dana utama syarikat,
PMB Dana Bestari, telah diumumkan sebagai
peneraju dalam kategori Ekuiti Teras (Islamik), sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya terhadap kecemerlangan pelaburan patuh Syariah.
Anugerah ini dianjurkan oleh iFAST Capital Sdn. Bhd., di mana FSMOne memberi pengiktirafan kepada dana unit amanah yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan penilaian kuantitatif dan kualitatif yang ketat. FSMOne Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Fundsupermart.com Malaysia) merupakan platform pelaburan pelbagai aset terkemuka di bawah iFAST Capital yang terkenal dengan analisis dana yang mendalam dan penilaian portfolio yang komprehensif.
Anugerah ini membuktikan keupayaan PMB Investment dalam memberikan pulangan yang konsisten dan berdaya saing, seiring dengan penanda aras global serta berpaksikan prinsip pelaburan patuh Syariah.
Hang Tuah Amin Tajudin, Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, meluahkan rasa bangga atas pencapaian ini dan berkata, “Kami berbesar hati apabila
PMB Dana Bestari diiktiraf dalam kategori Ekuiti Teras (Islamik). Dana ini telah
mencatatkan pulangan kukuh sebanyak 40.22% dalam tempoh tiga tahun dan 72.54% dalam tempoh lima tahun, membuktikan pendekatan pelaburan berdisiplin dan strategi pertumbuhan jangka panjang kami. Dalam ketidaktentuan pasaran, PMB Dana Bestari kekal berdaya tahan dan terus memberi nilai konsisten kepada para pelabur. Kami berharap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan dana yang diurus secara profesional sebagai laluan menuju kestabilan kewangan dan penciptaan kekayaan.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Mahdzir Othman, turut mengucapkan tahniah kepada pasukan PMB Investment atas anugerah tersebut dan menambah, “Anugerah ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk melabur secara bijak. Kami akan terus menambah baik tawaran kami bagi memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang, dan pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kepercayaan yang diberikan kepada kami.”
Pelabur boleh mula melabur dengan PMB Investment secara mudah melalui
EZForm di laman web www.pmbinvestment.com.my, dan dana boleh dipindahkan melalui
FPX.
Untuk maklumat lanjut mengenai dana PMB Investment, fi, dan risiko berkaitan, sila layari www.pmbinvestment.com.my atau hubungi 03-4145 3900.
- TAMAT –
Info Korporat:
PMB Investment, sebagai anak syarikat Kumpulan Pelaburan MARA yang bernaung di bawah MARA Corporation Sdn Bhd, beroperasi sebagai Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC).
Ia menguruskan 18 dana unit amanah, termasuk 1 dana borong dan 10 mandat persendirian pelaburan dalam kelas aset ekuiti dan sukuk.
Maklumat lanjut mengenai produk PMB Investment, layari www.pmbinvestment.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Ketua, Komunikasi Strategik
Pelaburan MARA Berhad
Tingkat 2, Wisma PMB, No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur
T: 03-4145 3830
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my