Harga Dana Harian: 31 July 2026

Kategori Risiko Horizon NAV Setiap Unit (RM) Nilai Aset Bersih Perubahan
Pendapatan Low Short, Medium 1.0000 0.0000 0.0000%

Penafian

Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat/Memorandum Maklumat Tambahan (jika ada) yang berkaitan, yang kesemuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Pelabur hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai manfaat dan risiko pelaburan tersebut. Sekiranya pelabur tidak dapat membuat penilaian sendiri, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional. Anda boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.

Langkah Berjaga-jaga

Anda tidak sepatutnya membuat pembayaran tunai kepada konsultan unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama konsultan unit amanah.

Polisi Pengagihan

Pengagihan Enam (6) bulan selepas permohonan langganan oleh Pemegang Unit diterima oleh Pengurus, Dana akan mengagihkan pendapatan kepada Pemegang Unit tersebut secara bulanan. Untuk mengelakkan keraguan, tempoh enam (6) bulan tersebut akan dikenakan bagi setiap langganan tambahan oleh Pemegang Unit.

Pendapatan, jika ada, dikira secara harian dan dibayar secara bulanan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Hari Perniagaan terakhir bagi setiap bulan atau pada penebusan penuh. Walau bagaimanapun, jumlah pendapatan yang tersedia untuk pengagihan mungkin berubah-ubah dari bulan ke bulan.

Dana boleh mengagihkan daripada pendapatan terealisasi, keuntungan terealisasi, pendapatan tidak terealisasi dan/atau keuntungan tidak terealisasi bagi membolehkan Dana mengagihkan pendapatan secara berkala selaras dengan dasar pengagihan Dana serta memenuhi objektif pelaburan Dana untuk menyediakan pengagihan pendapatan yang stabil kepada Pemegang Unit.

Pengagihan daripada modal Dana boleh menyebabkan pengurangan sebahagian daripada pelaburan asal Pemegang Unit dan juga boleh mengakibatkan pengurangan pulangan masa hadapan kepada Pemegang Unit. Apabila sebahagian besar daripada pelaburan asal dikembalikan kepada Pemegang Unit, terdapat risiko hakisan modal Dana dan boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan NAB Dana menurun. Semakin tinggi risiko hakisan modal yang wujud, semakin tinggi kemungkinan bahawa nilai pulangan masa hadapan turut akan berkurangan akibat daripada hakisan modal.

Objektif

Dana ini bertujuan untuk menyediakan pengagihan pendapatan yang stabil kepada para pelabur dengan melabur dalam instrumen pendapatan tetap Islam dan/atau deposit Islam.

Tahun Kewangan

30 September

Perumpukan Aset

  • Dana ini boleh melabur sehingga minimum 30% daripada NAB dalam skim pelaburan kolektif (CIS) patuh Syariah.
  • Dana ini boleh melabur sehingga maksimum 70% daripada NAB dalam deposit Islam.
  • Dana ini boleh melabur sehingga maksimum 50% daripada NAB dalam CIS patuh Syariah.

Risiko Utama

•    Risiko Pelaburan Instrumen Pendapatan Tetap Islam
•    Risiko Pelaburan Instrumen Pendapatan Tetap Islam yang Tidak Dinilai
•    Risiko Kredit dan Keingkaran
•    Risiko Kadar Faedah
•    Risiko Ketidakpatuhan Syariah
•    Risiko Pengagihan Daripada Modal
•    Risiko Penggantungan Penebusan
•    Risiko Fi Prestasi

Pemegang Amanah

AmanahRaya Trustees Berhad

Profile Pelabur

Dana ini sesuai untuk pelabur sofistikated yang:

  • tempoh pelaburan jangka pendek hingga sederhana; dan
  • toleransi risiko yang rendah.

Menu