PENETAPAN TARIKH KUMULATIF & TARIKH LUPUT PENGAGIHAN (PMB SHARIAH TACTICAL FUND, PMB WHOLESALE FUND DAN PMB-AN-NUR WAQF INCOME FUND)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sila ambil maklum tarikh pengagihan pendapatan bagi PMB Shariah Tactical Fund & PMB Wholesale Sukuk Fund adalah pada 31 Disember setiap tahun. Selain itu, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa syarikat akan mengisytiharkan pengagihan pendapatan bagi PMB-An-Nur Waqf Income Fund pada tarikh yang sama. Sehubungan itu, ingin  di nyatakan  bahawa Tarikh Kumulatif (CumDate) dan Tarikh Luput (Ex-Date) bagi pemegang-pemegang unit menerima pengagihan pendapatan dana unit amanah adalah seperti berikut:

Tarikh Kumulatif (Cum-Date) adalah tiga (3) hari perniagaan sebelum tarikh Akhir Tahun Kewangan dana.

Pemegang-pemegang unit yang telah berdaftar dan pemegang unit baru yang membuat serahan transaksi sebelum jam 3.00 petang pada tarikh tersebut layak menerima agihan pendapatan (sekiranya ada). Semua transaksi yang diterima selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date, dikira sebagai transaksi hari bekerja berikutnya.

Tarikh Luput (Ex-Date) adalah satu (1) hari perniagaan selepas Tarikh Kumulatif.

Pemegang-pemegang unit yang berdaftar selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date dan pada Ex-Date adalah tidak layak menerima agihan pendapatan yang di isytiharkan untuk Akhir Tahun Kewangan tersebut.  

Penetapan Tarikh bagi PMB Shariah Tactical Fund, PMB Wholesale Sukuk Fund dan PMB-AnNur Waqf Income Fund:

Akhir Tahun Kewangan Dana   :  31 Disember 2023
Tarikh Kumulatif (Cum-Date)   :  26 Disember 2023
Tarikh Luput (Ex-Date)    :  27 Disember 2023  

Semua transaksi yang di terima di antara Tarikh Luput dan Akhir Tahun Kewangan akan diproses seperti biasa iaitu:  

  1. 1) Permohonan Pelaburan Baru (New Application)  
  2. 2) Permohonan Tambahan Pelaburan (Additional Purchase)  
  3. 3) Belian balik/ Penebusan Dana (Repurchase)  
  4. 4) Penukaran Unit Dana (Switching)  
  5. 5) Pemindahan Unit Dana (Transfer)  


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-4145 3900 pada waktu Pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang , Isnin hingga Jumaat atau email ke clients@pelaburanmara.com.my. 

Nota:
Cum-Date - Cumulative Date
Ex-Date - Expiry Date 


 

Menu