| Kategori | Risiko | Horizon | NAV Setiap Unit (RM) | Nilai Aset Bersih | Perubahan |
|---|---|---|---|---|---|
| Pendapatan, Aset Campuran | Moderate | Medium, Long | 1.0000 | 0.0000 | 0.0000% |
Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Memorandum Maklumat/Memorandum Maklumat Tambahan (jika ada) yang berkaitan, yang kesemuanya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Pelabur hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai manfaat dan risiko pelaburan tersebut. Sekiranya pelabur tidak dapat membuat penilaian sendiri, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional. Anda boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-4145 3900 untuk bantuan lanjut.
Anda tidak sepatutnya membuat pembayaran tunai kepada konsultan unit amanah atau mengeluarkan cek atas nama konsultan unit amanah.
Pengagihan (jika ada) akan dibuat secara tahunan. Dana ini boleh membuat pengagihan daripada pendapatan direalisasi, keuntungan direalisasi, pendapatan tidak direalisasi dan/atau keuntungan tidak direalisasi bagi membolehkan Dana membuat pengagihan pendapatan secara berkala selaras dengan dasar pengagihan Dana serta untuk memenuhi objektif pelaburan Dana bagi menyediakan aliran pendapatan yang stabil dan konsisten kepada Pemegang Unit.
Sebarang pengagihan daripada pendapatan tidak direalisasi dan/atau keuntungan tidak direalisasi akan dilaksanakan secara berhemah serta tertakluk kepada pengekalan kestabilan NAB Dana dan keperluan rizab.
Pengagihan daripada modal Dana boleh mengakibatkan pengurangan sebahagian daripada pelaburan asal Pemegang Unit dan juga boleh menyebabkan pulangan masa hadapan kepada Pemegang Unit menjadi lebih rendah. Apabila sebahagian besar pelaburan asal dipulangkan kepada Pemegang Unit, terdapat risiko hakisan modal Dana dan boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan NAB Dana menurun. Semakin tinggi risiko hakisan modal yang wujud, semakin tinggi kebarangkalian bahawa, akibat hakisan modal tersebut, nilai pulangan masa hadapan juga akan berkurangan.
Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan yang stabil dan berterusan sambil memelihara modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam portfolio yang pelbagai berasaskan aset patuh Shariah.
31 January
AmanahRaya Trustees Berhad
Dana ini sesuai untuk pelabur sofistikated yang: