Para Konsultan dan Pelabur yang dihormati sekalian,

Untuk makluman, terdapat beberapa perubahan dan penambahan maklumat pada ‘Master Application Form’ dan ‘Investment Request Form’ selaras garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti seperti yang dimaklumkan pada notis terdahulu. Oleh itu, penggunaan borang ini adalah wajib bermula 1 Julai 2024. Penyerahan borang lama selepas 1 Julai 2024 tidak akan diterima.

Borang ‘Master Application Form’ dan ‘Investment Request Form’ yang baru terpakai bagi dana:

  1. 1. PMB Dana Al-Aiman
  2. 2. PMB Dana Mutiara
  3. 3. PMB Dana Bestari
  4. 4. PMB Shariah Aggressive
  5. 5. PMB Shariah Growth
  6. 6. PMB Shariah Small-Cap
  7. 7. PMB Shariah Index
  8. 8. PMB Shariah Premier
  9. 9. PMB Shariah Dividend
  10. 10. PMB Shariah Equity
  11. 11. PMB Shariah Tactical
  12. 12. PMB Sukuk
  13. 13. PMB Shariah Cash Management
  14. 14. PMB Shariah ASEAN Stars Equity
  15. 15. PMB Shariah ESG Global Equity


Manakala penggunaan borang lama masih lagi terpakai bagi 4 dana berikut:

  1. 1. PMB Wholesale Sukuk
  2. 2. PMB Shariah Greater China Equity
  3. 3. PMB Shariah Global Equity
  4. 4. PMB-An-Nur Waqf Income

Borang lama ’Master Application Form’ dan ’Investment Request Form’ masih lagi boleh digunakan untuk 4 dana ini sehingga diberitahu. Walaubagaimanapun, penggunaan borang lama ’Master Application Form’ bagi 4 dana ini perlu ditambah ’Purpose of Transaction’ sebagai maklumat tambahan.

Borang baru ‘Master Application Form’ dan ‘Investment Request Form’ yang baru boleh dimuat naik di laman sesawang rasmi PMB Investment Berhad sejak 1 Mac 2024 Download forms (pmbinvestment.com.my)


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan kami di talian 03-4145 3900 pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang , Isnin hingga Jumaat atau emel ke consultant@pelaburanmara.com.my bagi konsultan dan clients@pelaburanmara.com.my bagi pelabur.

Download the full article here

Menu