Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 

Sila ambil maklum tarikh pengagihan pendapatan bagi Dana PMB Dana Mutiara adalah pada 30 Jun setiap tahun . Manakala bagi Dana PMB Shariah Cash Management adalah pada setiap hujung bulan. Sehubungan itu, ingin di nyatakan bahawa Tarikh Kumulatif (Cum-Date) dan Tarikh Luput (Ex-Date) bagi pemegang-pemegang unit menerima pengagihan pendapatan dana unit amanah adalah seperti berikut:

Tarikh Kumulatif (Cum-Date) adalah tiga (3) hari perniagaan sebelum tarikh Akhir Tahun Kewangan dana.

Pemegang-pemegang unit yang telah berdaftar dan pemegang unit baru yang membuat serahan transaksi sebelum jam 3.00 petang pada tarikh tersebut layak menerima agihan pendapatan (sekiranya ada). Semua transaksi yang di terima selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date, di kira sebagai transaksi hari bekerja berikutnya.

Tarikh Luput (Ex-Date) adalah satu (1) hari perniagaan selepas Tarikh Kumulatif.
Pemegang-pemegang unit yang berdaftar selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date dan pada Ex-Date adalah tidak layak menerima agihan pendapatan yang di isytiharkan untuk Akhir Tahun Kewangan tersebut.


Download full article hereDownload the full article here


 

Menu