Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sila ambil maklum tarikh pengagihan pendapatan bagi PMB Shariah Global Equity Fund adalah pada 31 Januari setiap tahun. Sehubungan itu, ingin di nyatakan bahawa Tarikh Kumulatif (Cum-Date) dan Tarikh Luput (Ex-Date) bagi pemegang-pemegang unit menerima pengagihan pendapatan dana unit amanah adalah seperti berikut:
Tarikh Kumulatif (Cum-Date) adalah tiga (3) hari perniagaan sebelum tarikh Akhir Tahun Kewangan dana.
Pemegang-pemegang unit yang telah berdaftar dan pemegang unit baru yang membuat serahan transaksi sebelum jam 3.00 petang pada tarikh tersebut layak menerima agihan pendapatan (sekiranya ada). Semua transaksi yang di terima selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date, di kira sebagai transaksi hari bekerja berikutnya.
Tarikh Luput (Ex-Date) adalah satu (1) hari perniagaan selepas Tarikh Kumulatif.
Pemegang-pemegang unit yang berdaftar selepas jam 3.00 petang pada Cum-Date dan pada Ex-Date adalah tidak layak menerima agihan pendapatan yang di isytiharkan untuk Akhir Tahun Kewangan tersebut.
Penetapan Tarikh bagi PMB Shariah Global Equity Fund:
Akhir Tahun Kewangan Dana : 31 Januari 2024
Tarikh Kumulatif (Cum-Date) : 26 Januari 2024
Tarikh Luput (Ex-Date) : 29 Januari 2024
Semua transaksi yang di terima di antara Tarikh Luput dan Akhir Tahun Kewangan akan di proses seperti biasa iaitu:
1) Permohonan Pelaburan Baru (New Application)
2) Permohonan Tambahan Pelaburan (Additional Purchase)
3) Pembelian Semua/ Penebusan Dana (Repurchase)
4) Penukaran Unit Dana (Switching)
5) Pemindahan Unit Dana (Transfer)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Perkhidmatan Pelanggan di talian (603) 4145 3900 pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat atau emel ke clients@pelaburanmara.com.my
Nota:
Cum-Date - Cumulative Date
Ex-Date - Expiry Date
Penetapan ini adalah TIDAK tertakluk kepada Dana PMB Shariah Cash Management Fund.
19-11-2024
19-11-2024